Wednesday, January 13, 2010

kau pergi tidak kembali

Assalamualaikum..
Rasanya tatkala tangan menaip, akal serta kotak fikiran aku masih terawang-awang. masih tak percaya. masih lagi terkesima atas pemergian seorang sahabat kembali mengadap ilahi.
Arwahyarham Mohd Fadhiri Bin Mohamad Ariffin merupakan pelajar UPSI dalam jurusan pendidikan matematik/pendidikan islam maut dalam kemalangan jalan raya bersama seorang lagi rakan di tanjung malim. Motor yang dibonceng arwah terbabit dalam kemalangan yang melibatkan sebuah lori pada 4pagi 11 Januari 2010 dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi.
Arwah merupakan ketua praktikum aku mase aku di matrikulasi melaka. memang tidak terkejut bila aku dapat tau arwah memilih subjek pendidikan islam sebagai subjek minornya di upsi kerana spanjang aku mengenali beliau, peribadinya amat tinggi. tidak keterlaluan jika aku kata kan arwah sgt baik dan alim orangnya. sebagai, ketua, arwah sgt bertanggungjawab, nota2 kuliah sentiasa kami dapat darinya. malah segala aktiviti seperti jamuan dll, arwah lah yang akan bersungguh2. malah, arwah sgt excited nak buat reunion utk praktikum kami. namun Allah lebih menyayanginya.

berita selanjutnya tentang arwah:
upsi
hazmeer
harian metro

tahun 2009 aku telah kehilangan 2 lagi sahabat juga akibat kemalangan jalan raya. Arwah Maria ceria menerima diploma di politenik port dickson pada april 2009 sebelum menerima ajal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Arwah merupakan sahabat semasa aku di tingkatan tiga di sekolah menengah kebangsaan dato' sedia raja, rembau. menurut keluarganya, arwah sgt ceria pada pagi itu, namun ajal menjemputnya terlalu awal. arwah yang memandu seorangan ketika itu terlibat dalam kemalangan dekat dgn rumanhya. sedih sgt rasanya.

dan pada raya haji tahun 2009 lepas pula aku sekali lagi dikejutkan dgn pmergian seorang lagi kawan di rembau yg juga terbabit dgn kemalangan jalan raya, arwah faiz. kali terakhir aku bertemu arwah ialah pada aidilfitri sebelum itu. kami mmg tidak rapat sbb berlainan kelas, namun atas permintaan kawan2 lelaki kami, kami singgah ke rumah faiz. tak sangka itu kali terakhir kami bertemu. kata alif, faiz berubah, dia jadi pendiam. mungkin itu petanda yg dia akan pergi buat selamanya.

teman, ku kirimkan doa serta alfatihah buat kalian agar kalian tenang. semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.

buat sahabat2 lain, kita yg masih hidup, teruskan hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ingatlah, pada yg memandu, berhati2 lah. mgkin hari ini kita selamat, esok lusa siapa tau?

1 comment:

  1. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau...
    kita yang masih hidup...sama2la menginsafi diri
    dan sama2 menyediakan diri kearah alam yang kekal abadi disana..

    ReplyDelete